Bimillahirrahmanirrahimm,
Assalamualaikum teman2 seperjuangann!
Apa khabar semua? Harapan saya agar kalian semua sihat sentiasa hendaknya.
Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman pahit saya semasa mengambil suntikan Anti Tetanus aka kancing gigi khas untuk pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaan bersijil.
Suntikan ni, kalau tak silap saya untuk mengelakkan rahang mulut daripada tidak boleh bergerak akibat kemalangan. In case kalau korang mengalami kemalangan yang teruk korang still lagi boleh jawab periksa dekat hospital la yee. Hee. Disebabkan aku menjadi mangsa calon PMR tahun last, so terpaksa la ambil. Suntikan dia takde minta kebenaran ibu bapa, kiranya macam wajib la.

Sebelum
hari yang wajib disuntik tu, aku ada la jugak tanya kawan baik aku, Alyaa.
Kakak dia calon PMR tahun lepas. Hm, tanya dia pun bolehh! “Alyaa, kakak awak
kata sakit tak inject masa form 3
tu?” Alyaa jawab, “Entahla, dia kata masa mula2 masuk jarum tu rasa biasa je,
tapi masa nurse tekan untuk masukkan
ubat tu rasa dia memang perghh!” (dengan semangat Alyaa cerita).
Hee, aku ni pun apa lagi, hampir nak terkucil dengarnya. Telan air liur den dibuatnya!
Hee, aku ni pun apa lagi, hampir nak terkucil dengarnya. Telan air liur den dibuatnya!
![]() |
| Haa, Tengok mamat ni pun kecut tauu ! |
Tibalaa hari yang dijanjikan!
Kalau tak silap masa tu dah nak dekat rehatt. Ada seorang
hamba Allah ni cakap nurse panggil semua pelajar Kalau tak silap masa tu dah
nak dekat rehatt. Ada seorang hamba Allah ni cakap nurse panggil semua pelajar
3 Bukhori ke bilik kesihatan sekolahh! Aku ni pun apa lagi, takut@gerun plus
cuakk! Memang berpeluhlah masa tuuu. Macam nak kena operate jee. Huhh, serious
cakap aku ni memang takut segala2nya yang berkaitan dengan hospital, klinik and
yang sama waktu dengannya. Nak2 lagi kalau bab injection! Huhhh. Taktau la
kenapa . Hmm.
Aku pun dengan nada selamba cakap kat Afifah, “Kalau tak
turun bolehh takk? Perlu ke injectt2 ni, dah tahun akhir kot . Takpayahh laa”
Afifah jawab persoalan aku tadi, “Shikin, tautak syarat wajib masuk dewan
periksa kena ambil suntikan ni” Aku pun bermonolog, “Eh ye kee, kakak Adibah
periksa tak ada pun dia ambil injection ni”
Pastu aku dengar kawan2 aku cakap, “Elehh Shikin sekejap je
pun, bukan lama sangatt”
Huhh! Aku taulaa! Dengan langkah yang longlaii aku pun bergerak ke bilik kesihatan. Buat pengetahuan korang, akulah yang last masuk bilik kesihatan. Huhu, punyala kecut!
Huhh! Aku taulaa! Dengan langkah yang longlaii aku pun bergerak ke bilik kesihatan. Buat pengetahuan korang, akulah yang last masuk bilik kesihatan. Huhu, punyala kecut!
![]() |
| Macam nila rupaa buku rekod kesihatan kitaorg ! |
Sampaii je bilik kesihatan, nurse tu edarkan buku rekod
kesihatan masing2. Then, nurse tu suruh check and pastikan ada kebenaran ibu
bapa or penjaga pelajar. Siapa2 yang takde signature ibu bapa or penjaga kena
pergi bilik guru ambil signature guru kelas kalau tak silap. Lepastu, nurse tu
bagi vitamin berperisa oren 2 biji.
After that, nurse tu bagi sedikit taklimat
pasal injection ni. Nurse tu kata, lepas inject tu kitaorg bebas makan apa saja
makanan, kiranya xde pantang larangla. Huhh, nasibb baik.
Pastu nurse tu start panggil nama seorang demi seorang untuk di’inject’ . Haha.. Mula2 tgk budak2 laki kena inject. Diaorg punya steady + macho takyah cakap lakann. Controll macho tu sbnrnya. HAHA.. Diaorang kena inject macam tak berlaku apa2.. Tiba la masa budak perempuan first kelas kitaorg kena, huh tak sabar nak tgk respond dia. Yaa. Aina Haziqah pljr perempuan first yang kena inject. Lepas dia inject, dia duduk betul2 sebelah aku.. Aku pun bersuara, “ Aina, sakit takk ?” (dengan muka seriuss) Aina jawab, “Sakit sikit masa nurse masukkan ubatt” (senyum) Aku cakap dalam hati, “Boleh senyum pulak diaa, hmm macam tak sakit je”
Puas aku tenangkann dirii, hm. Istighfar, selawat, huhhh.
Time Aniss pulakk.. HEEE. Tadi nak sangatt kena inject, skrg kita tgk diaa!
Ngeee =D . Lepas je dia kena inject, boleh dikatakan muka dia berkerut 1000!
Hahaa. Aku tanya dia sakit ke tak.. Dia jawab, “ Fuhh, seriuss sakitt! (muka
menahan sakit) Sakit wehh,” Aku jadi takutt tengok diaa. Ahhhh!
Lepas sorang demi sorang akhirnya aku memberanikan diri untuk
pergi inject. Aku ckp camni dalam hati, “Takpe Shikin, kau bolehh. Hiraukan
rasa takut tu”, Then aku duduk and baca bismillah. Huhhh. Hmm, nasib baik la
tak sakit sangat. Aku pun terus gerak2kan tangan yang di’inject’ sesuai dengan
nasihat nurse bagi ubat berjalan. Alang2 duduk kat situ, aku terus tunggu turn
kawan aku, Alyaa untuk di’inject’. Lepas je dia siap inject, yeah aku masih
boleh tersenyum. Beberapa saat lepas tu, aku rasa pening kepala sangat2. Aku
cakap kat Alyaa, “Tunggu kejap weh, pening sangat ni” Alyaa bersuara, “Shikin,
muka awak pucat gila. Macam mayat dah tengoknya”
Kawan2 aku yang ada kat situ pun cakap benda
yang sama.
AKu pun tanpa segan silunya terus baring kat atas katil yang
ada kat bilik kesihatan tu memandangkan semua pelajar lelaki dah takde. Huuuh!
Kepala memang terasa berat sesangat! Nurse kat situ pun bersuara, “Amboi,
sedapnya awak landing. Pergi cepat masuk kelas, sambung belajar,” Aku pun
membalas, “Nurse, saya pening kepala sesangat ni”, Nurse yang lg satu pun
cakap, “Haah, la muka awak pucat tu, baring2. Tinggikan kepala, bagi darah
berjalan”, Aku bersuara dalam hati, huhh nasib baikk. Thank you, nurse! Nurse
yang mula2 tegur aku tadi, datang dekat aku, then cakap, “Isy, awak ni inject
sikit macam ni pun nak pening2. Belum cucuk mengandung n bersalin lagi,” Aku
balas dalam hati je la, “Hehe, saya pun taktahu kenapa.Belum masanya lagii
nurse, lambat lagii kott”, (sambil tersenyum kat nurse tu)
Bila dah rasa lega sikit, baru la aku keluar dari bilik kesihatan dan berjalan menuju ke kelas dengan lemah longlai. Masa tu pun aku tengok sekeliling gelapp jee. Huhh. Aku boleh listkan pengalaman ni sebagai pengalaman pahit aku yang akan aku ingat sampai bila2. Hehe, tu jela kot aku nak kongsikann . Injection ohh injection!

No comments:
Post a Comment