Friday, November 1, 2013

Mujahadah Dalam Menjauhi Maksiat .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh …

Apa khabar sahabat-sahabat perjuanganku? Semoga sentiasa dibawah lindungan dan jagaan Allah SWT.
Alhamdulillah, masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara segar. Alhamdulillah! Hari ni saya ingin kongsikan sesuatu. Lihat saja pada tajuk saya pada hari ini ‘Bersabarlah Menjauhi Maksiat’. Maksiat hmm memang sukar untuk dijauhi, tapi apabila hati dah berpaut pada yang Maha Esa Insya-Allah kita boleh. Semangat ya sahabat!


Hakikatnya, wanita yang memelihara diri itu lebih cantik daripada bunga. Lebih wangi daripada haruman kasturi. Nikmat yang dirasakan terlalu membahagiakan, diselimuti keinginan hawa nafsu dan keindahan duniawi  memang akan membuah bahagia dalam penipuan. Begitu hakikatnya dengan diri kita. Terlalu suka melakukan perkara yang memang sudah ditegah. Selagi ada peluang, selagi itulah mahu dilakukan. Nauzubillahiminzalik.

Mahu lawan keinginan diri yang sentiasa bergelora bukan mudah. Mujahadah nafsu itu perlu! Selalunya perkara terlarang atau buruk memang menarik perhatian kita. Apatah lagi jika dilakukan sembunyi-sembunyi, seronok barangkali! Hakikatnya tidak mustahil kita akan menjadi hamba nafsu sendiri. Nafsu pula yang mengarah kita. Bukannya kita yang mengendalikan nafsu. Maka, relakah kita semua menjadi hamba nafsu? Nauzubillahiminzalik.

Mendidik Diri Dalam Pergaulan

Ramai yang melihat perkara remeh-temeh itu berhenti setakat di situ. Hanya perkara remeh. Tapi ramai yang terlupa, daripada perkara remeh-temehlah boleh tercetusnya hal yang lebih besar. Daripada hal remeh-temeh jugalah boleh mengundang dosa yang menggunung. Contoh umum, pergaulan kita.
Ada sesetengahnya melihat pergaulan bebas itu perkara biasa. Bersentuhan lelaki dan perempuan itu perkara yang tidak perlu dihairankan. Kata mereka, ikut perkembangan zaman. Pada sudut kaca mata mereka, orang yang menjaga pergaulan itu jumud, tidak pandai bergaul.

Maka, lihat pula apa kesan daripada pergaulan bebas yang begitu. Kulit tidak lagi sensitif bila bersentuhan dengan yang bukan mahram. Lebih teruk lagi, pergaulan bebas mengundang pula kepada berlakunya zina. Sedangkan zina itu pula bukanlah perkara yang diredhai oleh Allah SWT. Bahkan, azab yang bakal menimpa!

Kenapa perlu berlaku perkara sebegitu ya? Adakah Islam mengonkong umatnya dalam bergaul? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah melarang lelaki dan wanita menjadi kawan. Sifat lengkapnya agama Allah SWT ini ialah Islam menggariskan panduan atau cara-cara untuk bergaul dengan sebaik-baiknya mengikut syarak. Menjaga pergaulan tidak bererti memutuskan tali silaturahim!

Remaja sangat sinonim dengan jiwa yang mahukan keseronokan. Kata orang, “hidup cuma sekali, jadi kita enjoy,” Nak sangat enjoy ? Silalahh ! Tapi make sure apa yang kita lakukan tu tak terkeluar daripada landasan kebenaran, okay?

Sebenarnya, jika kita meneliti dan memandang dengan mata hati melihat Islam ini bagaimana. Sungguh, kita akan bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam. Agama Islam tidak pernah mengongkong kita. Islam itu membawa penganutnya kepada kesejahteraan.

Last but not least, kita kena sabar dalam mempertahankan kesucian kita! Terutama akhawat ! Adakalanya, kita tengok lelaki dan perempuan sering bergurau dan bergelak tawa menyebabkan hati kita mula menginginkan perhatian daripada seseorang istimewa. Melihat pasangan muda berkasih-kasihan tanpa ikatan dan mereka tidak kelihatan bermasalah, pasti terusik jiwa untuk merasai perkara yang sama. Bersabarlah, insya-Allah berkat kesabaran kita itu nanti Allah balas dengan kegembiraan yang berpanjangan. Insya-Allah!

Diri kita secara hakikat dan fitrahnya adalah suci. Maka, hargailah kesucian yang ada dalam mendidik diri dengan kesabaran.  Hiasilah diri kita dengan amal soleh. Maksiat itu hanya menjanjikan kenikmatan yang sementara, setelah hilangnya kenikmatan itu, kesengsaraan pula bakal menjelma. Bersabarlah dalam menjauhi maksiat. Insya-Allah bakal ada tempat buat kita nanti di sisi-Nya. Subhanallah. 

Allah berfirman: “Dan Allah mencintai orang yang bersabar,” –Surah Ali Imran : 146


Kalian  yang membaca ini ialah remaja yang terpilih. Allah SWT sayangkan kalian. MasyaAllah. Tabarakallah!

2 comments:

Diskriminasi Wanita di Malaysia.

Antara point yang saya dapat dalam program  Meqar (Mencari Qurratul A'yun) Haisis pada malam Sabtu 22/9 baru baru ini, yang disampaikan...