Monday, September 24, 2018

Diskriminasi Wanita di Malaysia.

Antara point yang saya dapat dalam program  Meqar (Mencari Qurratul A'yun) Haisis pada malam Sabtu 22/9 baru baru ini, yang disampaikan oleh Ustazah Suriani Salleh. Tajuk yang dikupaskan ialah Diskriminasi Terhadap Wanita Malaysia.
.
🌸 Diskriminasi itu sendiri bermaksud perlakuan membeza-bezakan hal kerana keturunan, warna kulit dan sebagainya.
🌸 Secara semulajadinya martabat wanita sebelum kedatangan Islam sangatlah rendah, namun dgn hadirnya sinar Islam, martabat dan maruah wanita diangkat kembali di tempat yang selayaknya.
🌸 Setelah kedatangan Islam, hak wanita diangkat. Antara hak wanita yang dikupaskan ustazah ialah:
.
💕 Hak kehidupan
-Wanita bebas untuk berpendapat dan memilih. Point menarik utk disimpan:
Hidayah = Petunjuk
Taufik = Kekuatan utk kita melakukan sesuatu petunjuk itu.
.
🌹Point kat sini, dalam doa harian kita, lazimilah utk meminta taufik dan hidayah-Nya. Moga dgn itu akan diberi kekuatan utk kita melakukan kebaikan.
.
💕Hak sosial
-Menuntut ilmu merupakan kewajipan utk umat Islam.
-Wanita boleh bekerja dan bermasyarakat, namun hak kekeluargaan tetap tak boleh diabaikan.
.
🌹 Ustazah share sebuah quote menarik dari Prof Muhaya:
"Wanita yang paling rugi ialah wanita yang tersalah memilih suami" Nauzubillah min zalik.
.
💕Hak berpolitik
-Sebagai pengukuhan wanita dalam memilih pemimpin.
-Amar makruf nahi mungkar melalui politik.
-Perlu ada kemahiran utk membina generasi.
.
🌹Politik itu bersih dan tidak boleh dipisahkan dgn agama.
.
💕Hak ekonomi
-Dalam mendidik, kita memerlukan kepada kewangan.
-Tak jadi penghalang utk jadikan ekonomi sebagai wawasan kita.
.
Last but not least, kata-kata ustazah yang sampai sekarang aku ingat!
.
🌹 "Jangan jadi mahasiswa 3K (Kelas, Kafe, Katil) Kerana yang mengajar kita pada masa hadapan ialah kita diwaktu ini"
24/9/2018
22.54
kin

No comments:

Post a Comment

Diskriminasi Wanita di Malaysia.

Antara point yang saya dapat dalam program  Meqar (Mencari Qurratul A'yun) Haisis pada malam Sabtu 22/9 baru baru ini, yang disampaikan...