Assalamualaikum, Alhamdulillah masih boleh bernafas lagi hari ini. Apa khabar sahabat semua? Sihat? Alhamdulillah... Tapi bagi yang tak sihat tu, sabar ye. Sakit tanda ujian, ujian tanda cinta... Makan ubatt naa, tapi lepas waktu berbuka la ye... !
Apa khabar hati? Encik iman ada? Puan takwa? Oh adik hidayah buat apa? Abang Taufiq mana? Moga semuanya hidup bahagia dalam rumah barakah :')
Ouh, mari kita fokus pada tajuk yang saya akan kongsikan pada hari ini.. 'Ketika Angau Bercinta' ... Angau bercinta? Saya angau? Eh, ye ke? Kalau nak tau, kenalah baca sampai habis entry ni. Ngee :D
Mai sini ceq nak habaq kat hangpa semua, yang angau itu memang saya. Ya, betullah saya bercinta dengan Pencipta sayalah ! Hehe, Alhamdulillah. Cinta saya ni memang saya nak jaga betul2... Dia selalu ada di saat saya keseorangan dan kesepian. Dialah tempat saya memohon, Dialah yang mengabulkan permintaan saya. Alhamdulillah, Dia jualah yang masih meminjamkan nyawa untuk saya. Alhamdulillah. Saya sayang Pencipta saya. ===> Allah Azza Wajalla. "Amboi panjangnya muqadimah hari ni cik Shikin oii", eh sorry2 panjang pula muqadimah saya hari ni. Okay2, kembali pada tajukk. -_-
Bismillahirrahmanirrahim...
"Bercinta tetapi tidak berhubung, cinta itu pasti semakin hari semakin pudar"
Bagaimanakah agaknya keadaan orang yang sedang dilamun cinta? Pasti apabila berbual di gagang telefon rasa gembira seakan dan yang lain hilang semuanya. Betul tak? Walau yang dicintai itu tidak ada di depan mata tetapi kewujudannya benar-benar dirasai apatah lagi jika bertentang mata. Malangnya si perempuan sanggup menggadaikan harga dirinya untuk membuktikan ketulusan cinta. Gadai diri yang bagaimana? Tak lain tak bukan, couple before nikah. Haram tuu! Lelaki bermadah sikit dengan madah cinta, minta couple, dan sama waktu dengannya. Terus hati awak cair, pleaselahh! Tak rock langsung! Lelaki minta couple, and then perempuan tu pula terima.. Tu pun dah dikira menggadaikan harga diri tau takk. Jaga-jaga dengan MATA, Hati-hati dengan HATI .
Persoalan yang harus diajukan oleh seorang Muslim kepada dirinya, adakah dia mencintai Allah SWT yang diakuinya sebagai Tuhannya? Jika hanya mengaku tetapi tidak kenal, pasti cinta tidak akan ada. Mustahil bagi seseorang yang mengaku kenal Allah tetapi tidak mencintai-Nya. Maha Hebatnya Allah, tidak perlu melihat zat-Nya tetapi cukup sekadar melihat segala ciptaan dan dengan merenung 99 Asma' al Husna sudah boleh membuat orang itu teringat-ingat akan Allah.
Sabda Nabi SAW ketika menerangkan tentang konsep ihsan:
Maksudnya: "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau" (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya, kalam Nabi itu amatlah cantik. Justeru, setiap Muslim seharusnya memupuk sifat cintakan Allah ibarat manusia sedang angau cintakan kekasihnya. Maka walau di mana dan dalam apa jua keadaan sekalipun, dia seakan-akan melihat Allah. Hasilnya, Muslim itu akan sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua tingkah lakunya, takut-takut mengundang kemurkaan Allah. Waktu ketika bersolat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk 'berkata-kata' dan 'bermanja' dengan Allah SWT.
Malangnya, apa yang berlaku sekarang amat menyedihkan. Memang benar ramai Muslim pada akhir zaman tetapi banyak juga kemungkaran berlaku seakan-akan Islam tidak pernah mengajarkan umatnya untuk menjadi manusia yang menyebarkan keamanan dan budi pekerti yang baik. Hal ini kerana tiada cinta kepada Allah dalam hatinya. Rupa-rupanya Islamnya hanya pada kad pengenalan, Islam warisan nenek moyang dan Islam terpaksa. Astaghfirullahalazim.
Wahai saudara Muslimku yang dirahmati,
Setelah banyak perkara yang kita sembangkan pada penilaian kita maka adakah terdetik dalam hati bahawa Islam kita Islam yang bagaimana? Justeru, marilah kita menghitung diri sebelum kita dihisab oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Akan tiba masanya kamu akan dikerumuni oleh umat-umat lain sebagaimana orang lapar mengerumuni makanan yang dihidangkan untuk mereka. Seorang sahabat bertanya, "Apakah ya Rasulullah disebabkan bilangan kami sedikit pada waktu itu?" Jawab Baginda, "Tidak, malah bilangan kamu pada waktu itu lebih ramai tetapi kamu pada waktu itu umpama sampah sarap yang dihanyutkan oleh banjir. Allah telah mencabut perasaan takut daripada musuh kamu dan mencampakkan penyakit al-Wahnu ke dalam hati-hati umat Islam". Sahabat bertanaya lagi, "Apakah penyakit al-Wahnu itu ya Rasulullah?" Jawab Baginda, "Cintakan dunia dan takutkan Mati".
Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Cahaya Pencinta.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment