Sunday, July 21, 2013

Dakwah Islamiah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Apa khabar dengan iman antum semua? Adakah iman antum semua masih berfungsi? Saya harap iman antum semua sentiasa bercas dan berfungsi…

Ini merupakan kali pertama saya menaip di blog yang baru saya buat ini… Saya berharap perkongsian yang bakal saya kongsikan bersama antum semua, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua…
In Shaa Allah, tajuk perkongsian saya pada hari ini ialah Dakwah Islamiah…

Dakwah Islamiah bermaksud penyebaran tentang sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam. Dakwah juga boleh dikategorikan sebagai menyeru orang-orang Islam untuk melakukan kebaikan. Haa, sekarang siapa pula yang dipertanggungjawabkan untuk berdakwah? Ini bukan jawapan saya, tapi saya ambil ini daripada sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Setiap orang Muslim yang menyebut kalimah Lailahaillallah, dia adalah seorang Daie(pendakwah)”.

Sudah terang lagi bersuluh setiap Muslim itu ialah Daie. Setiap Muslim berhak menunaikan hak mereka untuk menyebarkan agama Islam. Jangan risau sahabat, antum ada hak untuk menyuarakan nasihat jika melihat seseorang itu melakukan kemungkaran.

Situasi 1

“Ana malulah nak berdakwah, nanti mesti akan ada orang label ana ni ustaz/ustazah. Mesti kawan-kawan ana akan ketawakan ana kerana mereka ingat ana ni bajet alim. Ish, tak maulah”

Astagfirullahalazim sahabat. Saya harap tiada seorang pun dari kalangan sahabat saya yang berfikiran seperti ini. Sungguh keji sifat syaitan yang menghasut manusia untuk tidak melakukan kebaikan. Pada pendapat saya, kalau dah namanya dakwah kenalah berani melangkah. Tidak perlu ada sifat malu jika perkara itu merupakan perkara yang baik. Rasulullah SAW pun berdakwah tau! Lagi berat dugaan dan ancaman yang Baginda terima! Sahabat, antum takde perasaan gembira ke bila orang panggil antum semua dengan panggilan ustaz/ustazah. Bukan semua orang tau yang layak dapat gelaran hormat macam tu. Lagipun orang yang panggil kita tu sedang mendoakan kita untuk menjadi ustaz/ustazah. Takkan kita tak rasa seronok kot, ada orang doakan kita ! HEE ^_^ Alhamdulillah!



Situasi 2

“Ish, aku ni belajar Bahasa Arab pun tak, ni lagi nak kena dakwah orang. Memang takkan la. Aku ni pelajar sekolah biasa je pun, manalah diaorang nak dengar dakwah aku. Ish, memang tak la. Ni pun kejap baik, kejap tak. Takdenya diaorang nak dengar”.

Astagfirullahalazim, sebagai seorang Muslim kita tidak sewajarnya menyerah sebelum bertempur. Paling tidak cubalah dulu, mana tau orang tu berlembut hati nak dengar dakwah yang antum semua sampaikan. Dakwah tidak memerlukan pelajar agama, sesiapa sahaja layak dan berhak berdakwah. Tidak kiralah dia tu perogol bersiri ke, pelacur ke, hatta perompak sekalipun. Tidak perlu takut jika mad’u(pendengar) tidak mendengar/menerima dakwah yang antum sampaikan. Mungkin dia belum bersedia untuk dengar semua tu. Cuba husnuzhon. Yang penting, ada bahagian’nya’ untuk antum semua. Allah SWT tengok kepada usaha antum. In Shaa Allah, adalah ganjarannya nanti. Sahabat, jika antum menolong Allah dengan menyebarkan/menegakkan agama Islam, percayalah Allah akan bantu kalian semula.



Situasi 3

“Aku berdakwah ni sebab aku tak nak negara Islam berpecah-belah, porak peranda, dan tiada hala tuju yang sebenar-benarnya. Aku ikhlas menyebarkan agama Allah yang suci ini. Aku harap aku boleh lakukan amanah ini dengan seikhlas mungkin. Aku cuma nakkan ganjaran Syurga Allah. Aku pun nak dapatkan syafaat Rasulullah SAW di padang mahsyar nanti. Itulah hala tuju yang hakiki”.



Alhamdulillah, inilah yang bagus! Sentiasa bersemangat kental dalam menegakkan agama Allah! Jangan patah semangat walau macam manapun situasi yang antum hadapi. Biarkan apa orang nak kata, mereka sebenarnya cemburu dengan semangat yang antum miliki! Jangan hiraukan suara-suara sumbang ini! Biarlah orang dunia pandang kita dengan pandangan hina sekalipun, asalkan orang di ‘atas’ pandang kita dengan pandangan yang mulia. Alhamdulillah.

Hmm, kita semua berada di situasi yang mana? 1,2, atau 3? Tepuk dada tanya iman!
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk juga datangnya dari Allah dan disandarkan kepada diri saya sendiri. Saya minta maaf andai terkasar bahasa. Asif jiddan.



Cahaya Pencinta.

No comments:

Post a Comment

Diskriminasi Wanita di Malaysia.

Antara point yang saya dapat dalam program  Meqar (Mencari Qurratul A'yun) Haisis pada malam Sabtu 22/9 baru baru ini, yang disampaikan...